Thursday, April 7, 2011

Antara Realiti dan Impian.

Ohh..sudah lama saya tidak menulis blog. Bukan apa, tiap hari , ada saja kerja lain yang nak diuruskan. Nak kata sibuk? Takda la sibuk sangat. Buat-buat sibuk adala..hehe

Lama juga saya terkesima di hadapan kom ni. Nak cakap pasal apa ya?Aduh..aduh..mau pusing pikirnya. (eh..kenapa bunyinya seperti seberang ye..hehe..). Iya. Saya mau kongsi pasal Masterchef. Anda semua pernah tengok Masterchef?

Masterchef ini mulanya diperkenalkan oleh kawan saya.  Masa tu, dia memang asyik nonton cerita ni.Tertarik, saya pun tanyalah. " Ni cerita apa beb? Tak pernah tengok pun? Pandainya budak-budak ni masak!!" Hah..begitu asalnya saya mengenal Junior Masterchef.

"Eh, ini cerita budak-budak masak la. Ko tak pernah tengok ke?  Memang diorang ni pandai. Nampak je umur baru 7 ke 8 tahun tapi, fuh..serba serbi bole masak.." tersenyum je kawan saya tu bagi liputan berita terkini . Macam pengacara lagaknya. (jangan marah ye kawan..;) ) .Dalam hati saya kata, " Ketinggalankah aku?" *senyum simpul *
Senyum simpul yang comey



Ok. Dipendekkan cerita,  barulah saya mengenal siri Masterchef ni. Kalau tidak, tah ape kebendanya, saya pun tak tahu.

Tiba-tiba ( ha..suspen kan?) tertengoklah saya cerita Masterchef USA versi dewasa (hmm..yang Junior Masterchef cerita kat atas tadi tu versi Australia ). Kenapa tiba-tiba? .Sebab tertekan channel di Astro ada siri ni.:)

Macam best. Dan memang best! (Ini pendapat saya ok.). Teruslah saya mengikuti siri Masterchef ini dari mula sampai pertengahan episod. Terdetik di hati saya, mungkin ada siri ini diupload dalam Youtube. Puaslah saya search dan..Nah..! Full season 1 Masterchef episod sampai Finale. Ini sudah cukup bagus! (Tabiat saya, selagi tak habiskan siri itu, saya susah nak concentrate kerja lain. Mahu tak mahu, kena habiskan tengok siri ni hari itu jugak. Samalah dengan buku cerita. Samalah dengan siri tv Korea..hehe) Habislah satu hari saya yang indah itu diabadikan untuk tengok Masterchef sampai Finale ! Nasib baik la UNIFI ni takda tersekat-sekat. Smooth saje streaming dia. (Tq TM). Jadi takdalah rasa tertekan sangat.

Walaupun penat tengok dari satu siri ke satu siri sampai habis, (Bukan walkaton ye..ini namanya youtubeton kot ), saya puas hati. Akhirnya dapat juga saya tahu siapa pemenangnya. Boleh juga kiranya saya skip saja episod terus tengok Finale, tapi saya tak mahu. Kalau begitu, tak dapatlah saya hayati betapa bersemangat dan bermotivasinya peserta-peserta tu nak dapat gelaran Masterchef. Itu yang penting. Bagaimana mereka menangani stress dan ketekunan mereka mengharungi segala cubaan dan dugaan.

Nak tahu siapa pemenangnya? Whitney. Pelajar berumur 22 tahun. Mudakan? Tapi walaupun ramai anggap dia belum ada kematangan yang sepenuhnya dan tak mungkin menang, takdir mengatakan sebaliknya. Yang paling saya suka, bila ditanya tentang kemenangannya, dia mengatakan, kejarlah impian anda, kerna anda pasti akan mencapainya. Begitukah? Saya betul-betul terpukul. Kenapa? Kerna banyak orang -orang terkenal yang berjaya berkata begitu. Kerna dari impian, kenyataan dapat  direalisasikan.

Inilah Whitney


Kata-kata begitu bukan sekali saya dengar. Tetapi banyak kali. Saya andaikan, kata-kata tersebut dapat merumuskan yang sesungguhnya, Yang Maha Mendengar mengetahui apa yang ada di dalam hati kita. Iya. Kemahuan kita. Sekiranya kita berusaha ke arah itu, pasti Dia memberikannya. Sama ada cepat atau lambat, itu bukan persoalannya. Tetapi Dia pasti akan memberi. Saya yakin begitu.

Saya juga tidak pernah menyangka yang akhirnya impian saya akan tercapai. Walaupun bukan sepenuhnya. Saya tidak tahu apa yang terjadi kepada orang lain. Tetapi, seperti ada suatu kuasa magnet akan menarik kita ke arah impian kita sekiranya setiap hari kita memikirkannya dan mengimpikannya. Jalan untuk kita menggapai impian menjadi mudah. Dengan izinNya. Anda pun begitukah?
Adus, best jugak kalau pergi relax tempat camni. Tapi bila?


Oleh yang demikian, saya sedar, tidak perlu untuk berasa takut untuk mengimpikan sesuatu yang besar.
" Larger than Life" katanya. Kerna , lambat laun, ia akan tercapai. Dengan usaha yang berterusan. Saya yakin itu.
Aik, movie pun ada tajuk ni?


Oklah. Banyak pula ceritanya. Beginilah. Kalau idea dah banyak, saya tidak dapat berhenti dari terus menerus menaip! Haha..
Opps, kesimpulan? Apa ya? Kejarlah impian anda. Dan yakinlah, anda juga bole berjaya. Seperti orang lain.


Di sini dulu ya,
Wassalam.

No comments:

Post a Comment