Tuesday, May 24, 2011

Galaxy Optometrist di Wanita Hari Ini , TV3

Salam,

Sebenarnya cerita ni dah lama. Tapi oleh sebab ada permintaan raka-rakan yang suruh upload dalam blog, saya pun penuhi permintaan mereka. Saya dah upload video ni dalam website saya terlebih dahulu. Jadinya kalau nak tengok video nie di website saya pun boleh. Layari http://www.galaxyoptometrist.webs.com/

Masa saya terima panggilan dari wartawan TV3 tu, memang short notice. Dia call saya hari Rabu, lusanya iaitu hari Jumaat dah nak tayang kat TV. Kejap je kan? Ingatkan sesuatu program tu diorang ambil shot lama sebelum nak tayang. Jadi tak semestinyalah.

Ok. Jadi , katanya blog saya terpilih untuk ditonjolkan kepada umum kerana merupakan salah satu blog dari golongan profesional iaitu Optometrist yang mewar-warkan perkhidmatan Optometri melalui Blog. Syukur Alhamdulillah. Sebenarnya ramai lagi Optometrist lain yang turut sama promosi perniagaan mereka melalui blog, yang tidak kurang hebatnya! Mungkin juga satu kebetulan TV3 "menjumpai" saya :)

Pengalaman aktiviti dirakam dan diikuti oleh cameraman adalah sesuatu yang baru. Iyalah. Kalau dalam  TV yang dipaparkan cuma 3 minit, tapi sebenarnya sejam jugak lah buat shooting tu. Diorang (wartawan + cameraman) santai je.Dah biasa agaknya. Kita ni yang 1st time untuk "camera ,action!" yang memang awal-awal tu gemuruh gile!`1 Hehe. Tapi nasib baik lama-lama bole kontrol. ;)

Oklah. So, tengok jelah klip nie ye.








Versi Melayu

Salam..
Dah lama saya tak update blog ni. Lama juga saya fikir nak masukkan Versi Bahasa Melayu untuk blog saya.Sekarang baru ada masa nak buat.Iya lah. Orang Melayu lah katakan. Tetap makan sambal belacan :)

Baiklah. Untuk posting kali ni, saya tak mahu tulis banyak. Cuma nak rasmikan yang blog ini iaitu yang kedua, dibuat dalam Versi Melayu. Senang kira. Bahasa ibunda.
Selamat membaca blog ni dan ceria-ceria selalu!

Kat sini dulu,